perjalanan umrah

Aturcara Umrah

Hari 01 : Kuala Lumpur – Jeddah
Lapor diri di KLIA (3 jam sebelum keberangkatan). Proses imigresen dan mengambil beg masing-masing, naik bas menuju ke hotel. Tiba di Makkah, check in di Hotel. Melaksanakan tawaf, sa’ie, tahallul di Masjidil Haram. (UMRAH 1 / BIMBINGAN)

Hari 02 : Mekah
Ibadah persendirian dan tawaf sunat. Pengajian selepas Asar.

Hari 03 : Mekah
ZIARAH 1 : Gua Hira’, Gua Tsur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah,  Mina & Masjid Tan’im. (UMRAH 2 JA’RANAH)

Hari 04 : Mekah
ZIARAH DALAM : Masjidil Haram – ‘Jalan -jalan Tambah Iman’

Hari 05 : Mekah
UMRAH 3 : HUDAIBIYAH *  Jemaah digalakkan perbanyakkan I’tikaf & tawaf sunat.

Hari 06 : Mekah
Jemaah digalakkan perbanyakkan iktikaf dan tawaf sunat. Kelas pengajian di hotel selepas solat Asar.

Hari 07 : Mekah – Madinah
Beg-beg dikumpulkan di lobi hotel. Laksana Tawaf Wada’ dan naik bas ke hotel.

Hari 08 : Madinah
ZIARAH DALAM  Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Makam Baqi’ dan beribadah di Raudhah (renungan sebelum ziarah). Pengajian selepas Asar di hotel.

Hari 09 : Madinah
ZIARAH 2 : KOTA MADINAH Masjid Quba, Bukit Uhud dan Ladang Kurma. Perjalanan akan melalui Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh. Jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi / urusan persendirian.

Hari 10 : Madinah
ZIARAH 3 : ZIARAH LUAR MASJID NABAWI Muzium Asma’ul Husna,  Muzium Kelahiran Rasulullah s.a.w. Ibadah persendirian.

Hari 11 : Madinah – Kuala Lumpur
Kumpul beg di lobi. Bertolak ke Lapangan Terbang Madinah. Dijangka tiba pada keesokan harinya.

Hari 12 : Kuala Lumpur
Selamat sampai di Kuala Lumpur dengan kenangan berbeza sewaktu setiap kali melaksana umrah. 


*Umrah 3 (Hudaibiyah) tertakluk pada jadual Muzium Mekah.* Perjalanan aktiviti tertakluk kepada keadaan dan akan dimaklumkan kepada para jemaah sekiranya terdapat perubahan.

Untitled 1 01