Tentang Kami

Sahrularifin Maghfirah 2zjm185ou5u6ss4q0htxj4

Mohd Sahrularifin Ab Manan

“Ketua Pengarah Maghfirah Media Group”

Fakrur Radzi 3 2znedlhk070bfs0vue6juo

Fakrur Radzi Mohd Omar

“Pengarah Urusan Maghfirah Travel & Tours”

Maghfirah Travel & Tours (MTT) telah ditubuhkan pada Oktober 2012 dan kini beroperasi di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. MTT telah berdaftar dengan kementerian pelancongan Malaysia dan mempunyai lesen pengembaraan dalam negeri (inbound), pengembaraan luar negara (outbound) dan tiketing

 

No lesen syarikat adalah KPK/LN 7493.

 

Maghfirah Travel memfokuskan untuk membantu seramai mungkin rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah dan haji dengan bimbingan terbaik. Seperti mana motto Maghfirah Travel “Melayani & Membimbing dengan Hati”, kami cuba meningkatkan pelayanan dan bimbingan kami dari semasa ke semasa. Kami percaya dengan membantu memberikan nilai kepada orang lain akan membantu perniagaan berkembang dengan lebih baik.

 

Maghfirah Travel diterajui oleh 3 orang ahli lembaga iaitu Mohd Sahrulariffin Ab Manan, Fakrur Radzi Mohd Omar dan Firman Muhammad Nur. Syarikat ini bercita-cita untuk menjadi salah satu syarikat terbesar dalam pengurusan haji dan umrah yang memberikan pelayanan dan bimbingan terbaik di Malaysia.

Objektif

Melayani dan membimbing dengan hati.

Memberikan pelayanan dan bimbingan terbaik buat para jemaah yang menyertai untuk ke tanah suci.

Visi

Membimbing ummat mendapat Maghfirah (ampunan) dengan ilmu dan nilai yang sesuai dengan tuntutan Sunnah Rasulullah SAW menuju ummat yang diredhai

logo2 04 1

Misi

  1. Fokus pada penanaman nilai dan pencerahan hidup
  2. Pelaksanaan Ibadah sesuai menurut Sunnah Rasulullah SAW
  3. Memberikan Pelayanan Eksekutif:
    1. Memberikan layanan terbaik bagi para tetamu Allah adalah sebahagian dari ibadah kami kepada Allah SWT
    2. Memudahkan tercapainya tujuan atau cita-cita ibadah bagi ummat Islam di Malaysia, agar lebih ramai yang dapat menunaikan ibadah di tanah suci