fbpx

PERBEZAAN AIR ZAM-ZAM & AIR MINUMAN DI HARAMAIN

Ada sebilangan  jemaah yang sering tertukar antara air zam-zam dengan air minuman di Haramain. Tak semua air yang dibekalkan di Haramain adalah air zam-zam.

Tambahan pula, bekalan air zam-zam di Masjid Nabawi agak terhad berbanding di Masjidil Haram. Jom admin terangkan berpezaannya.

 

JOM KITA KENALI AIR ZAM-ZAM DI MASJID NABAWI DAHULU:-

1. Kesemua Air yang di dalam Tong berwarna “KRIM @ PEACH” di dalam Masjid Nabawi adalah Air Zam-Zam. Dimana di hadapan tong air Zam-Zam ini ada di labelkan dengan “Cold” & “Not Cold”.

2. Di beberapa spot pintu utama (di hadapan sebelah luar Masjid) utk jemaah lelaki dan pintu utama utk jemaah wanita juga ada disediakan Air Zam-Zam juga di dalam bekas tong air yang berwarna “Krim @ Peach” tadi.

3. Jemaah lelaki dan wanita sangat-sangat digalakkan utk meminum air Zam-Zam tersebut sehingga kenyang. Kerana khasiat dan keberkatan air Zam-Zam itu sangat banyak.

 

AIR MINUMAN  DI MASJID NABAWI 

1. Diadakan sebaris berdekatan dengan pintu masuk (main gate) ke dalam Masjid Nabawi dan berada disebelah luar Masjid.

2. Kebanyakkan air minuman ini diletak  berdekatan tempat jemaah lelaki mengambil wuduk, juga laluan untuk turun ke tandas dan juga laluan untuk turun  ke tapak parkir kenderaan.

3. Pili air minuman ini kebiasaannya terdapat 20 – 40 unit (depan dan belakang).

4. Di setiap tong Air Zam-Zam ataupun air minuman ini ada disediakan sekali “Cup Plastik” yg berwarna putih.

Kadang kala kesian pulak dok tengok jemaah pakat-pakat dok ambil air drinking water kat luar, siap bawa botol bertong-tong, (depa ingat itu air Zam-Zam), walhal hanya air Drinking Water sahaja.

 

AIR ZAM-ZAM DI MASJIDIL HARAM

1. Sama juga di Masjid Nabawi di Masjidil Haram juga sama, disediakan Tong Air Zam yang berwarna “KRIM @ Peach”, namun ada disesetengah spot tong air zam ada disediakan Rak untuk letak tong Air Zam-Zam di atas rak tersebut dan terdapat Notis dan etika utk jemaah minum Air Zam-Zam.

2. Berbeza sedikit di Masjidil Haram, ada terdapat spot-spot Air Zam-Zam yg tidak diletakkan di dalam tong-tong tetapi menggunakan pili, tetapi diambil secara direct dari sumber utama dan disalurkan ke paip-paip untuk diminum. (Kena push button & terdapat Notis “ZAM-ZAM WATER”) Contohnya Air Zam-Zam di laluan Saie dan air zam-zam di hadapan pintu 17 dan pintu masuk utama laluan bas.

3. Specialnya di Masjidil Haram, di ruang Mataf juga ada petugas-petugas yg memikul air Zam-Zam utk diberi minum kepada jemaah yg sedang melakukan Tawaf, di ruang Mataf.. Bila nak minum Air Zam-Zam tu jangan lah main minum sahaja, sebaiknya berselawatlah ke atas Nabi dan niatlah di dalam hati, akan pekara yg baik2.. Jangan lupa minum guna tangan Kanan

 

DRINKING WATER DI MASJIDIL HARAM.

1. Kebiasaannya di Masjidil Haram di setiap point pili air akan di tulis di notis board ayat-ayat berikut:-

“This is not Zam-Zam Water”

Atau pun

“Zam-Zam Water”

 

 

Sumber : FB Azrul Zabani