fbpx

10 TIPS PERGI UMRAH BERSAMA KANAK-KANAK

Checklist barang baby/kanak-kanak : 

Untuk mudahkan urusan penerbangan, ibu bapa perlu menyediakan set kelengkapan yang mencukupi supaya bayi/kanak lebih selesa dan terhibur sepanjang dalam tempoh penerbangan.

 

  1. Pakaian
    – Anda juga boleh membawa pakaian anak kecil 2 atau 3 helai untuk salinan pakaian.
  2. Diaper Bag
    – Membawa Pampers secukupnya kerana Perjalanan KL- JED mengambil masa selama 9 jam.
  3. Tuala kecil
    – membawa tuala kecil untuk lap dan bersihkan badan anak dan anda juga boleh basahkan tuala dan letakkan di kepala anak anda untuk mengelakkan dehidrasi.
  4. Baby food
    – Anda boleh membawa beberapa jenis biskut seperti Tiger / Oreo / Mary, Milo, dan buah-buahan yang tidak berair dan tahan lama seperti epal 2-3 biji.
  5. Susu
    – Membawa susu tepung secukupnya.
  6. Ubat-ubatan
    – Anda juga boleh minta nasihat dari doktor semasa untuk mendapatkan suntikan vaksin dan mungkin boleh dapatkan Paracatemol, selsema dan batuk.
  7. Minyak bayi
    – Minyak bayi juga dapat membantu ketika ketidakselesaan perut dan memudahkan bayi tidur.
  8. Bawa bantal kecil dan selimut
  9. Membawa Wet tissue dan Hand sanitizer
  10. Download seberapa banyak aplikasi dan video-video untuk hiburan anak-anak. Contoh – Upin Ipin, Omar dan Hana, Didi and Friends.