fbpx

Masjidil Haram akan dibuka untuk umrah secara berperingkat

AKHIRNYAA…
BERITA PEMBUKAAN UMRAH & MASJIDIL HARAM🕋

Alhamdulillah, hari ini mendapat khabar dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, UMRAH AKAN DIBUKA SECARA BERPERINGKAT UNTUK JEMAAH bermula dari tarikh berikut:-

1️⃣ Fasa pertama: Ahad, 17 Safar 1442H (bersamaan 4 Oktober 2020M).

2️⃣ Fasa kedua: Ahad, 1 Rabial Awwal 1442H (bersamaan 18 Oktober 2020M).

3️⃣ Fasa ketiga: Ahad, 15 Rabiul Awwal 1442H (bersamaan 1 November 2020M).

✔️Pada fasa pertama, jemaah umrah yang dibenarkan adalah dari kalangan pemukim tempatan di Arab Saudi. Kapasiti yang dibenarkan pada fasa pertama ini adalah sebanyak 30% daripada kapasiti biasa. Ini bermaksud lebih kurang 6,000 jumlah jemaah yang akan dibenarkan memasuki Masjidil Haram.

✔️Fasa kedua pula, sebanyak 75% daripada kapasiti iaitu 15,000 jemaah yang akan dibenarkan masuk ke dalam Masjidil Haram.

✔️Fasa ketiga ini yang paling ditunggu, namun kita tunggu dengan penuh kesabaran dan fakta jelas mengenainya oleh Kementerian Haji & Umrah.
Kondisi-kondisi tertentu pasti akan dipantau agar jemaah dibenarkan untuk datang ke dua tanah suci ini.

Info tambahan, para jemaah yang ingin datang ke Masjidil Haram dan melaksanakan Umrah dikehendaki mendaftarkan diri di aplikasi (اِعْتَمَرْنَا) I’TAMARNA
yang dilancarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk memudahkan penguatkuasaan SOP dan juga untuk pemantauan jemaah dari segi kesihatan dan sebagainya.

“اللّٰهُمَّ ارْفَعْ عَنَّا كُوْرُوْنَا”.
“Ya Allah, angkatkanlah Corona dari kami semua.

Ya Allah yang Maha Pemurah, Engkau kurniakanlah kepada semua yang membaca posting ini agar dapat menjadi tetamu-Mu dalam masa yang terdekat ini. Jemputlah kami dan mereka semua ke rumah-Mu yang mulia…🤲🏻