Safari Qur'ani Bersama Maghfirah Travel 2026

Edisi Kundasang

4 Hari 3 Malam

Sambut tahun baru 2026 dan persediaan menjalani bulan Ramadan Al-Mubarak dengan menyediakan hati untuk memahami beberapa tuntutan al Quran dengan melihat alam ciptaan Allah swt.

Banyak sekali dalam Al Quran menyuruh kita untuk melihat ciptaan alam untuk refleksi kepada kebesaran Allah swt.

Program Safari Qurani kali ini dibawakan oleh Maghfirah Travel Bersama Rumah Raudatul Miqyas. Ia merupakan siri ke-10 dibawah Rami.

Apa yang ditekankan dalam Safari Qurani?

Siapakah yang boleh menyertai program ini?

Pembimbing Safari Qur'ani

Dr Sholihah Kaswari

Pembimbing Utama

📌 Doktor Falsafah

Fakulti Pengajian Islam,

Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah,

Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (2013-2017)

 

📌 Master

Fakulti Pengajian Islam,

Jab. Al-Qur’an & Al-Sunnah,

Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (2007-2009)

 

📌 Degree

Dirasah Islamiah, Kulliyah al-Banat, Universiti Al-Azhar,  Kaherah (2001-2005)

 

Aktiviti :

📌 Suri Rumah Sepenuh Masa

📌 Felo Pengajian Wahyu – Raudhah al-Miqyas (RAMI)

📌 Penulis & Konseptor kajian SQFL, PABAH, Psikologi Wahyu.

Abu Ilkiya Ashajj (Chandra Deruja)

Pembimbing Khas

📌 Master
Fakulti Pengajian Islam,
Jab. Al-Qur’an & Al-Sunnah,
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (2012)

 

📌 Degree
Dirasah Islamiah, Kulliyah al-Banat, Universiti Al-Azhar, Kaherah (2005)

 

Aktiviti :
📌 Pendiri dan Pengurus Penerbitan dan Program Raudhah al-Miqyas

Apakah yang terkandung dalam pakej ini?

Penerbangan pergi balik menggunakan Batik @ AirAsia

Bagasi 10kg pergi 20kg balik

Penginapan 4 hari 3 malam

Kenderaan bas berkapasiti 32 orang.

Makan 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan malam.

Tiket ke tempat lawatan berbayar.

Takaful berkelompok.

Menikmati sunset & sunrise di Pantai Kota Belud
Menikmati sunset & sunrise di Pantai Kota Belud
Keindahan Sungai di Polumpang
Keindahan Sungai di Polumpang
Kawasan sawah di Karanahan
Kawasan sawah di Karanahan

Apa kata peserta Safari Qur'ani?

Berapakah harga pakej Safari Qur'ani?

All-In RM2899 seorang

Pendaftaran boleh dibuat di website atau berhubung dengan pegawai jualan Maghfirah Travel.

Deposit RM1000/orang dan pembayaran penuh perlu dibuat 40 hari sebelum keberangkatan.

Setiap slot adalah terhad kepada 25 orang sahaja.

Tarikh yang available:

2 - 5 Februari 2026

22 - 25 June 2026

21 - 24 September 2026

23 - 26 November 2026

Terma & Syarat Safari Qur'ani 2026

Anjuran: Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd

1. Kelayakan Peserta
Pakej ini terbuka kepada semua individu berumur 18 – 65 tahun yang berada dalam keadaan sihat dan mampu mengikuti jadual aktiviti harian program.

2. Harga Pakej
Harga seperti yang dinyatakan dalam brosur rasmi. Termasuk tiket penerbangan pergi balik, bagasi 20kg, penginapan 4 malam, makan 3 kali sehari, pengangkutan bas, tiket lawatan, dan perlindungan takaful berkelompok.

3. Tempahan & Bayaran
* Tempahan disahkan selepas bayaran deposit RM1,000 seorang diterima.
* Baki bayaran perlu dijelaskan selewatnya 45 hari sebelum tarikh keberangkatan.
* Kegagalan menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan tempat dibatalkan tanpa notis.

4. Pembatalan Penyertaan oleh Peserta
Sekiranya peserta membatalkan penyertaan:
* Lebih daripada 45 hari sebelum tarikh keberangkatan: Deposit akan dipulangkan setelah ditolak caj pemprosesan RM300 seorang.
* Kurang daripada 45 hari sebelum tarikh keberangkatan: Deposit tidak akan dikembalikan, dan bayaran penuh mungkin dikenakan mengikut terma pembekal.

5. Perubahan atau Pembatalan oleh Penganjur
Maghfirah Travel & Tours berhak untuk menukar jadual perjalanan, tarikh, atau membatalkan program sekiranya berlaku situasi luar jangka seperti cuaca buruk, isu keselamatan, atau perubahan polisi negara.
Jika program dibatalkan oleh pihak penganjur, bayaran akan dipulangkan sepenuhnya atau peserta boleh memilih tarikh alternatif.

6. Dokumen & Tanggungjawab Peserta
Peserta bertanggungjawab memastikan:
* Pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas.
* Dokumen perjalanan lengkap dan mematuhi semua syarat imigresen.
* Sentiasa mematuhi arahan jurupandu, mutawwif, dan peraturan tempatan.

7. Lain-lain Perkara
* Sebarang tambahan perkhidmatan seperti bilik tunggal, penginapan tambahan, atau pengangkutan khas akan dikenakan caj tambahan.
* Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang peribadi, kelewatan penerbangan, atau situasi luar kawalan.
* Terma & syarat ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.