fbpx

Aturcara Umrah

JADUAL MASUK MADINAH DAHULU

 

Hari 01 : Kuala Lumpur – Madinah
Lapor diri di KLIA (3 jam sebelum keberangkatan). Proses imigresen dan mengambil beg masing-masing, naik bas menuju ke hotel. Tiba di Madinah, check in di Hotel.

Hari 02 : Madinah
ZIARAH DALAM  Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Makam Baqi’ dan beribadah di Raudhah (renungan sebelum ziarah). Pengajian selepas Asar di hotel.

Hari 03 : Madinah
ZIARAH 2 : KOTA MADINAH Masjid Quba, Bukit Uhud dan Ladang Kurma. Perjalanan akan melalui Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh. Jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi / urusan persendirian.

Hari 04 : Madinah
ZIARAH 3 : ZIARAH LUAR MASJID NABAWI Muzium Asma’ul Husna,  Muzium Kelahiran Rasulullah s.a.w. Ibadah persendirian.

Hari 05 : Madinah – Mekah
Beg-beg dikumpulkan di lobi hotel. Miqat di Bir Ali. Tiba di Makkah, check in di Hotel. Melaksanakan tawaf, sa’ie, tahallul di Masjidil Haram. (UMRAH 1 / BIMBINGAN)

Hari 06 : Mekah
ZIARAH 1 : Gua Hira’, Gua Tsur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah,  Mina & Masjid Tan’im. (UMRAH 2 JA’RANAH)

Hari 07 : Mekah
ZIARAH DALAM : Masjidil Haram – ‘Jalan -jalan Tambah Iman’

Hari 08 : Mekah
UMRAH 3 : HUDAIBIYAH *  Jemaah digalakkan perbanyakkan I’tikaf & tawaf sunat.

Hari 09 : Mekah
Jemaah digalakkan perbanyakkan iktikaf dan tawaf sunat. Kelas pengajian di hotel selepas solat Asar.
(Ziarah Tambahan ke Kota Thaif Setengah Hari Tambahan sebanyak +RM200/pax)

Hari 10 : Mekah – Kuala Lumpur
Kumpul beg di lobi. Bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah. Dijangka tiba pada keesokan harinya.

Hari 12 : Kuala Lumpur
Selamat sampai di Kuala Lumpur dengan kenangan berbeza sewaktu setiap kali melaksana umrah.


*Umrah 3 (Hudaibiyah) tertakluk pada jadual Muzium Mekah.* Perjalanan aktiviti tertakluk kepada keadaan dan akan dimaklumkan kepada para jemaah sekiranya terdapat perubahan.

JADUAL MASUK MEKAH DAHULU

 

Hari 01 : Kuala Lumpur – Jeddah
Lapor diri di KLIA (3 jam sebelum keberangkatan). Proses imigresen dan mengambil beg masing-masing, naik bas menuju ke hotel. Tiba di Makkah, check in di Hotel. Melaksanakan tawaf, sa’ie, tahallul di Masjidil Haram. (UMRAH 1 / BIMBINGAN)

Hari 02 : Mekah
Ibadah persendirian dan tawaf sunat. Pengajian selepas Asar.

Hari 03 : Mekah
ZIARAH 1 : Gua Hira’, Gua Tsur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah,  Mina & Masjid Tan’im. (UMRAH 2 JA’RANAH)

Hari 04 : Mekah
ZIARAH DALAM : Masjidil Haram – ‘Jalan -jalan Tambah Iman’

Hari 05 : Mekah
UMRAH 3 : HUDAIBIYAH *  Jemaah digalakkan perbanyakkan I’tikaf & tawaf sunat.

Hari 06 : Mekah
Jemaah digalakkan perbanyakkan iktikaf dan tawaf sunat. Kelas pengajian di hotel selepas solat Asar.
(Ziarah Tambahan ke Kota Thaif Setengah Hari Tambahan sebanyak +RM200/pax)

Hari 07 : Mekah – Madinah
Beg-beg dikumpulkan di lobi hotel. Laksana Tawaf Wada’ dan naik bas ke hotel.

Hari 08 : Madinah
ZIARAH DALAM  Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Makam Baqi’ dan beribadah di Raudhah (renungan sebelum ziarah). Pengajian selepas Asar di hotel.

Hari 09 : Madinah
ZIARAH 2 : KOTA MADINAH Masjid Quba, Bukit Uhud dan Ladang Kurma. Perjalanan akan melalui Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh. Jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi / urusan persendirian.

Hari 10 : Madinah
ZIARAH 3 : ZIARAH LUAR MASJID NABAWI Muzium Asma’ul Husna,  Muzium Kelahiran Rasulullah s.a.w. Ibadah persendirian.

Hari 11 : Madinah – Kuala Lumpur
Kumpul beg di lobi. Bertolak ke Lapangan Terbang Madinah. Dijangka tiba pada keesokan harinya.

Hari 12 : Kuala Lumpur
Selamat sampai di Kuala Lumpur dengan kenangan berbeza sewaktu setiap kali melaksana umrah.


*Umrah 3 (Hudaibiyah) tertakluk pada jadual Muzium Mekah.* Perjalanan aktiviti tertakluk kepada keadaan dan akan dimaklumkan kepada para jemaah sekiranya terdapat perubahan.

 

PENDAFTARAN:

1. Hubungi kami di talian Pejabat/Cawangan atau melalui Facebook Rasmi kami atau hadir ke pejabat kami untuk memastikan masih ada kekosongan pada pakej yang dipilih. Nyatakan jenis bilik yang dikehendaki (Quint/ Quad / Triple / Double).

2. Jemaah dikehendaki mengisi borang pendaftaran umrah dan mengembalikan kepada kami secepat mungkin sama ada melalui email atau hadir ke pejabat kami. Bagi wanita berumur di bawah umur 45 tahun dan lelaki di bawah umur 18 tahun wajib mendaftar bersama mahram yang sah.

3. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM1000 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket.

4. Untuk kelancaran proses pengurusan visa umrah, jemaah dikehendaki menghantar pasport asal, kad suntikan ACYW135, 4 keping gambar, salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke pejabat kami selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Dokumen untuk pengurusan visa dan format bagi surat keizinan/letter of consent (LOC) boleh didapatkan di sini.

Sebarang pertanyaan, sila buat pesanan melalui email atau hubungi mana-mana cawangan Maghfirah Travel yang berdekatan dengan anda