PELUANG INFAQ RAMADAN
DI TANAH SUCI MEKAH

TAJA TETAMU ALLAH BERBUKA PUASA DAN REBUT GANJARAN GANDAAN PAHALA 7 JUTA KALI GANDA

Jom rebut peluang setahun sekali.

Sempena Ramadan 2024, kami di Maghfirah Travel membuka peluang infaq berbuka puasa di Masjidil Haram yang mana setiap amalan kebaikan digandakan 100,000 kali ganda.

Setiap amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan pahalanya bersamaan dengan melakukan amalan yang wajib dan setiap amalan wajib juga digandakan kepada 70 kali ganda.

70 x 100,000 = 7 Juta.

Infaq anda (RM30) seumpama menaja 7 Juta orang berbuka puasa tanpa dikurangkan pahala mereka walau sedikit pun.

Rasulullah SAW paling suka menjamu orang makan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang memberi makan kepada seorang yang beriman hingga membuatnya kenyang daripada rasa lapar maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu Syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain.”

Riwayat at-Tabrani.

Di Maghfirah Travel, kami sering mengadakan program infaq sabil (infaq di jalan Allah) di perkarangan Masjidil Haram. Program ini sering dijalankan bersama petugas-petugas dan jemaah umrah Maghfirah Travel. 

Sempena bulan Ramadan 2024 yang akan datang kami ingin membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk sama2 menjayakan program tajaan berbuka puasa di Tanah Suci Mekah.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh pilih sama ada ingin menyumbang mengikut pakej 30 Hari Ramadan atau 10 Malam Terakhir Ramadan. Jangan risau, tuan-tuan dan puan-puan juga boleh menyumbang mengikut kemampuan masing-masing mengikut kuantiti yang dikehendaki.

Kami mensasarkan untuk mengagihkan 15,000 pack makanan sepanjang bulan Ramadan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh pilih berapa pack makanan yang ingin disumbangkan, insyaAllah kami akan uruskan semuanya dekat sana.

Hadiahkanlah pahala sedekah ini buat diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan orang-orang yang tersayang.

InsyaAllah moga Allah terima segala ibadah kita 🤲🏻

Jumlah kutipan
10%