Panduan Haji lengkap yang disusun langkah demi langkah, bermula dengan persediaan awal, pembelajaran rukun dan wajib Haji, fiqh serta praktikal manasik sehingga persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Haji bukan sekadar sebuah perjalanan ke Tanah Suci. Ia ibadah yang memerlukan ilmu, kefahaman dan persediaan yang rapi. Kursus ini disusun melalui 10 sesi pembelajaran untuk memahami perjalanan Haji secara berperingkat.
Persediaan fizikal, mental dan kefahaman sebagai Tetamu Allah.
Memahami rukun, wajib, larangan dan hukum-hakam berkaitan Haji.
Menghubungkan ilmu dengan perjalanan sebenar serta latihan manasik.
Mengukuhkan kefahaman dan persediaan sebelum menuju Tanah Suci.
Kursus Haji 2026/2027 bukan sekadar membimbing Ibu Ayah tentang apa yang perlu dilakukan, tetapi membantu memahami hukum, adab dan hikmah di sebalik setiap perjalanan ibadah Haji.
Istimewa dalam siri kali ini, kita akan menggunakan antara rujukan utama dalam ilmu manasik:
Karya Imam al-Nawawi رحمه الله
Perbahasan kitab akan dibawa dengan pendekatan yang mudah difahami, praktikal dan dekat dengan situasi sebenar jemaah Haji hari ini.

Setiap sesi bermula 8.45 pm – 11.00 pm, secara Live Online.
Siri Intensif: Khamis malam Jumaat | Pecutan Akhir: Sabtu, 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
| Siri | Tarikh | Hari / Masa | Topik | Penceramah |
|---|---|---|---|---|
| Siri Intensif 1 | 2 Oktober 2026 | Jumaat | 8.45 malam | Persediaan Menjadi Tetamu Allah — Istito'ah, kesihatan dan persediaan mental & fizikal | Dr Izzuddin |
| Siri Intensif 2 | 16 Oktober 2026 | Jumaat | 8.45 malam | Mukaddimah Al-Idoh (Lambaian Kaabah) — Persediaan ilmu menjadi Tetamu Allah, safar & permasalahannya | Ust Haji Mujahid |
| Siri Intensif 3 | 6 November 2026 | Jumaat | 8.45 malam | Rukun Haji 1 — Ihram, Wukuf & Tawaf | Ust Haji Mujahid |
| Siri Intensif 4 | 20 November 2026 | Jumaat | 8.45 malam | Rukun Haji 2 — Tahallul & Larangan Ihram | Ust Haji Mujahid |
| Siri Intensif 5 | 27 November 2026 | Jumaat | 8.45 malam | Wajib Haji 1 — Mabit di Muzdalifah & Dam | Dr Putera |
| Siri Intensif 6 | 11 Disember 2026 | Jumaat | 8.45 malam | Wajib Haji 2 — Jamrah, Nafar, Korban & Dam | Dr Putera |
| Siri Intensif 7 | 25 Disember 2026 | Jumaat | 8.45 malam | Fiqh Wanita Dalam Ibadah Haji dan Umrah | Ustazah Samsiah /Ustazah Fadhlina |
| Siri Intensif 8 | 8 Januari 2027 | Jumaat | 8.45 malam | Menetap di Mekah & Adab Ziarah Nabi SAW | Dr Ahmad Sanusi Azmi |
| Pecutan Akhir 1 | 30 Januari 2027 | Sabtu | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari | Berhaji Seperti Rasulullah SAW Menunaikan Haji | Dr Mohd Shamsul Hakim |
| Pecutan Akhir 2 | 13 Februari 2027 | Sabtu | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari | Simulasi Lengkap Manasik Haji — Tips & Tricks | Hj Fakrur Radzi |
| Pecutan Akhir 3 | 27 Mac 2027 | Sabtu | 8.30 pagi – 12.00 tengah hari | Tazkirah Hati Tetamu Allah — Menuju Perjalanan Haji Yang Sempurna | Ustaz Haji Alias Bin Abd Rahim |
| Topik Bonus | TBA | TBA | Rahsia Solat — Khusyuk dan Pemaknaannya | TBA |
Istito’ah, kesihatan, persediaan fizikal & mental
Dr Izzuddin
Persediaan ilmu menjadi Tetamu Allah, safar & permasalahannya
Ust Haji Mujahid
Ihram, Wukuf & Tawaf
Ustaz Haji Mujahid
Tahallul & larangan Ihram
Ustaz Haji Mujahid
Mabit di Muzdalifah & Dam
Dr Putera
Jamrah, Nafar, Korban & Dam
Dr Putera
Ustazah Samsiah / Ustazah Fadhlina
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Dr Mohd Shamsul Hakim
Tips & Tricks
Haji Fakrur Radzi
Menuju Perjalanan Haji Yang Sempurna
Ustaz Haji Alias Bin Abd Rahim
Khusyuk dan Pemaknaannya
TBA
Sebagai pelengkap perjalanan ilmu menuju Tanah Suci, peserta turut akan menerima satu sesi bonus khas yang membawa kita kembali kepada ibadah yang paling dekat dengan kehidupan seorang Muslim — solat.
Sesi ini akan membimbing peserta memahami makna di sebalik bacaan dan pergerakan solat, menghayati setiap rukun serta membina kekhusyukan, agar perjalanan Haji bukan hanya menyempurnakan manasik, tetapi turut membawa perubahan dalam ibadah seharian.
Kerana Haji mungkin sekali seumur hidup, tetapi solat menemani kita setiap hari.

CEO Maghfirah Travel · Pembimbing Ibadah Haji Bertauliah (EPIH – USIM)
Bersama peserta sepanjang kesemua 10 sesi pembelajaran.

Pembimbing Ibadah Haji & Umrah Bertauliah (EPIH – USIM)

PEKTA / USIM · Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah

JPIH TH-JAKIM / PEKTA Kanan · Pensyarah Kanan, ACIS UiTM

PEKTA / PIHTAS / Tabung Haji · Penceramah Kanan Fiqh Wanita

Pegawai Perubatan Haji Tabung Haji, 3 musim

7 Siri Utama + 3 Pecutan Akhir
Pembelajaran Haji tersusun dan berperingkat

Ikuti kelas dari mana sahaja
Boleh ditonton semula untuk ulang kaji
Rujukan sepanjang persediaan Haji
Bertanya terus kepada pembimbing
Persediaan menuju kemuncak Haji
Sedia untuk memulakan persediaan anda?
Bukan hanya jemaah Maghfirah, terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu melangkah ke Tanah Suci dengan kefahaman yang jelas.
Bakal jemaah Haji 1448H / 2027
Mereka yang mahu membuat persediaan Haji lebih awal
Bakal jemaah yang masih belum menerima tawaran Haji
Anak-anak yang mahu belajar bersama ibu ayah
Jemaah Muasasah
Jemaah PJH
Mereka yang mahu memahami rukun & wajib Haji dengan lebih jelas
Jemaah Mujamalah
Nikmati kadar yuran terbaik dengan membuat pendaftaran lebih awal. Kuota peserta adalah terhad dan ditawarkan mengikut turutan pendaftaran berbayar.
Peserta 101 – 200
100 peserta berikutnya
Sertai Kursus Haji Maghfirah 2026/2027 dan persiapkan diri untuk menjadi Tetamu Allah dengan ilmu, keyakinan dan ketenangan.
[live_registration_counter]