fbpx

Umrah Selesa Safwah

Keistimewaan Pakej Umrah Selesa Safwah

Harga
MUSIM BIASA KUL – MED/JED- JED/MED - KUL
BILIK QUINT RM 6490
BILIK QUAD RM 6690
BILIK TRIPLE RM 6990
BILIK DOUBLE RM 7790

 

CUTI SEKOLAH KUL – MED/JED- JED/MED - KUL
BILIK QUINT RM 6990
BILIK QUAD RM 7190
BILIK TRIPLE RM 7490
BILIK DOUBLE RM 8290

 

 

Percuma Ziarah Kota Thaif

Taif, bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin.

Sejak kebelakangan ini, sebahagian besar jemaah umrah dan haji merebut peluang untuk ke kota Taif kerana semakin banyak pengendali umrah menawarkan pakej ke pusat peranginan itu yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam menaiki bas dari kota suci Makkah.

Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas.

Suatu ketika dahulu, jemaah umrah sangat jarang berpeluang ke Taif. Hasrat saya dan sekumpulan jemaah umrah untuk ke kota itu pernah terbatal kerana tidak memperolehi permit pada 2008. Namun, Alhamdulillah, bermula 2015 saya berpeluang ke sana bersama-sama jemaah umrah dan haji.

Ramai yang tanya apa yang menarik di Taif? Selain buah-buahan dan udaranya yang segar, jemaah teruja ke sana kerana ingin menjejak perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. Dakwah Rasulullah di Taif bermula setelah mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy.

Ketika itu juga, Rasulullah dirundung duka setelah bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah r.a. kembali ke rahmatullah. Ditemani Zaid Haritsah, Rasulullah menuju ke Taif yang berjarak tidak sampai 100 km dari kota Makkah.

Baginda Rasul menyangka penduduk Taif dapat menerima kehadiran beliau tetapi tanpa disangka mereka menolak serta mencemuh baginda Rasul. Akhirnya, Rasulullah kembali ke Makkah dan seterusnya berhijrah ke Madinah.

Lazimnya, agensi pengendali umrah akan maklumkan kepada jemaah mengenai kunjungan ke Taif. Caj dikenakan adalah SR130 hingga SR150 seorang, yang merangkumi lawatan ke beberapa tempat bersejarah dan makan minum kerana perjalanan ke Taif selalunya sehari suntuk.

Destinasi lawatan termasuk, Masjid Abdullah bin Abbas, kebun Addas, Masjid Kuk atau dikenali sebagai masjid siku, al-Qantarah dan al-Madhun, rumah Abdullah bin Abbas, Muzium As-Shariff, kilang minyak wangi, pasar buah dan Masjid Qarnul Manazil.

Ketika berkunjung ke Taif pada musim haji baru-baru ini, saya ke Masjid Abdullah bin Abbas, iaitu sepupu Rasulullah. Di situ juga terletak makam Abdullah dan syuhada Taif. Jemaah selalu diberi masa bersolat sunat. Berhampiran masjid itu juga terletak sebuah perpustakaan tetapi jarang dibuka. Saya juga hanya berpeluang masuk ke perpustakaan itu ketika kunjungan tahun lalu.

Selepas itu jemaah dibawa ke kebun Addas, yang suatu ketika dahulu ditanami anggur dan delima. Addas, beragama Nasrani berasal dari Iraq. Ketika Rasulullah berkunjung ke Taif, Addas memberi anggur kepada Nabi Muhammad.

Ketika hendak makan, Rasulullah membaca Bismillah sehingga menyebabkan Addas terkejut kerana tidak pernah mendengar ucapan itu lantas bertanya agama Rasulullah. Sejurus Rasulullah mengatakan Islam, Addas merangkul dan mencium tangan baginda dan seterusnya memeluk Islam.

Addas adalah orang pertama di Taif yang memeluk Islam. Setelah ke kebun Addas, anda akan dibawa ke Masjid Kuk atau masjid siku. Difahamkan, penduduk Taif tidak suka tempat itu menjadi tumpuan pengunjung justeru mereka pernah membakarnya sebanyak tiga kali.

Dipercayai tempat itu yang terletak di kawasan al-Maznah menjadi lokasi Rasulullah berehat dan melarikan diri daripada golongan musyrikin yang akhirnya melontarkan batu-batu besar di kawasan itu kepada Rasulullah. Namun, difahamkan malaikat menahan batu itu daripada terkena baginda Rasul.

Jemaah kemudiannya dibawa pula ke Al-Qantarah dan Al-Madhun iaitu titik air yang dibina pada zaman pemerintahan Uthmaniah.

Lokasi seterusnya ialah rumah Abdullah bin Abbas. Rumah itu terletak kira-kira 2.7 km dari masjid Abdullah bin Abbas. Difahamkan bapa saudara Rasulullah itu berjalan setiap hari untuk ke masjid berkenaan.

Melepaskan penat dan mengisi perut, kami ke Muzium As-Shariff dan seterusnya menikmati hidangan tengah hari. Kilang minyak wangi ros paling menjadi tumpuan khususnya jemaah wanita yang berebut-rebut membeli bedak, losen dan haruman.

Tidak lengkap ke Taif jika tidak ke pasar buah. Justeru, ramai jemaah yang memborong buah zaitun, anggur, delima dan limau. Sebelum berangkat pulang semula ke Makkah, jemaah dibawa ke Masjid Qarnul Manazil dan di situ menjadi tempat miqat bagi jemaah yang mahu menunaikan umrah.

Baca lebih lanjut di Sini

Hotel
  • Mekah : Royal Dar Ieman @ Setaraf (50 Meter)
  • Madinah : Al Mukhtara International @ Setaraf (150 Meter)
Flight

Saudi Airlines @ Malaysia Airlines atau setaraf

  • KUL – JED - MED - KUL
  • KUL - MED - JED - KUL
Makan
  • Mekah : Breakfast Only (Upgrade: Fullboard Hotel Rm850 / Kupon Dsaji Rm350)
  • Madinah : Fullboard (Breakfast, Lunch & Dinner)
Saguhati

  • Beg 24″
  • Beg 20″
  • Beg Silang
  • Beg Kasut
  • Ihram Bagi Lelaki
  • Telekung Bagi Wanita
  • Buku Panduan Umrah
  • 5 Liter Air Zam zam
  • Kursus Umrah Percuma
Deposit
  • RM1000/pax
Jadual Penerbangan
MASUK KELUAR
19/12/2019 MED 29/12/2019 JED
23/12/2019 JED 02/01/2020 MED
29/12/2019 JED 08/01/2020 MED
02/01/2020 MED 12/01/2020 JED
08/01/2020 MED 18/01/2020 JED
12/01/2020 MED 22/01/2020 JED
15/01/2020 MED 25/01/2019 JED
18/01/2020 JED 28/01/2020 MED
22/01/2020 MED 01/02/2020 JED
23/01/2020 MED 02/02/2020 JED
25/01/2020 MED 04/02/2020 JED
28/01/2020 MED 07/08/2020 JED
04/02/2020 MED 14/02/2020 JED
05/02/2020 MED 15/02/2020 JED
07/02/2020 JED 17/02/2020 MED
12/02/2020 MED 22/02/2020 JED
17/02/2020 MED 27/02/2020 JED
19/02/2020 MED 29/02/2020 JED
26/02/2020 MED 07/03/2020 JED
27/02/2020 JED 08/03/2020 MED
04/03/2020 MED 14/03/2020 JED
05/03/2020 JED 15/03/2020 MED
11/03/2020 MED 21/03/2020 JED
15/03/2020 MED 25/03/2020 JED
18/03/2020 MED 28/03/2020 JED
25/03/2020 JED 04/04/2020 MED
01/04/2020 MED 11/04/2020 JED
04/04/2020 JED 14/04/2020 MED
08/04/2020 MED 18/04/2020 JED

 

Lokasi

Terletak di dalam bangunan Menara Safwah, berhadapan dengan Pintu 1 King Abdul Aziz , Masjidil Haram. Hotel Royal Dar Ieman menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu. Tetamu boleh mengakses menggunakan escalator dan lif menuju ke lobbi hotel yang luas di Hotel Royal Dar Ieman.

Restoran

Mempunyai 4 restoren (Bakkah, Al Mehrab, Zamzam dan Taiba) yang menyediakan pelbagai masakan International dan Asia. Mampu menampung bilangan Jemaah yang ramai di masa waktu puncak.

Kediaman

Hotel Dar Ieman mempunyai lebih 800 bilik untuk menampung tetamu dari pelbagai negara. Semuanya dilengkapi dengan perabot moden dan selesa, peti ais, peti simpanan, almari baju dan bilik air yang selesa. Bilik akan dikemas pada setiap hari oleh pekerja berdedikasi.

Kafe

Sebuah kedai kopi dan pastry menyajikan hidangan makanan ringan dan segar serta pelbagai jenis minuman di kawasan lobi hotel.

Perkhidmatan

Perkhidmatan wifi disediakan disemua bilik. Dobi 24 jam juga disediakan dengan rate hotel. Lebih seratus kedai untuk membeli belah ada di tingkat bawah hotel.

 

Nota

  1. Harga yang tertera dalam jadual adalah harga terkini.
  2. Visa umrah bergantung kepada kelulusan pihak Kementerian Arab Saudi.
  3. Perubahan harga pakej,tempat penginapan, jadual perjalanan dan tarikh penerbangan bergantung kepada perubahan dari masa ke semasa.
  4. Pembatalan pakej oleh jemaah tertakluk kepada terma dan syarat syarikat.

Peringatan: Segala harga yang termaktub dalam pakej adalah tidak termasuk dengan caj SR2000 yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi bagi jemaah yang telah menunaikan umrah kurang dari 3 tahun Hijrah sebelum

Hotel Royal Dar Ieman
Hotel yang bakal para jemaah menetap di Mekah

Hotel Al Mukhtara International
Hotel yang bakal para jemaah menetap di Madinah

Peta Lokasi Mekah & Medinah

PENDAFTARAN:

1. Hubungi kami di talian Pejabat/Cawangan atau melalui Facebook Rasmi kami atau hadir ke pejabat kami untuk memastikan masih ada kekosongan pada pakej yang dipilih. Nyatakan jenis bilik yang dikehendaki (Quint/ Quad / Triple / Double).

2. Jemaah dikehendaki mengisi borang pendaftaran umrah dan mengembalikan kepada kami secepat mungkin sama ada melalui email atau hadir ke pejabat kami. Bagi wanita berumur di bawah umur 45 tahun dan lelaki di bawah umur 18 tahun wajib mendaftar bersama mahram yang sah.

3. Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM1000 dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh berlepas bagi mengelakkan pembatalan tiket.

4. Untuk kelancaran proses pengurusan visa umrah, jemaah dikehendaki menghantar pasport asal, kad suntikan ACYW135, 4 keping gambar, salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke pejabat kami selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Dokumen untuk pengurusan visa dan format bagi surat keizinan/letter of consent (LOC) boleh didapatkan di sini.

Sebarang pertanyaan, sila buat pesanan melalui email atau hubungi mana-mana cawangan Maghfirah Travel yang berdekatan dengan anda