Kurma Ajwa Aliyah

RM130.00

  • 1KG

Product Details

Ajwa Aliyah Madinah adalah kurma Ajwa yang ditanam di dalam Tanah Haram Madinah, serta ianya berada di kawasan yang dinamakan ‘Aliyah atau Awali, iaitu di sebelah Tenggara bandar Madinah. Kawasan ini dinamakan ‘Aliyah disebabkan ‘Aliyah adalah sebuah kawasan berbukit. ‘Aliyah adalah satu kawasan tanah tinggi, tinggi sedikit dari ladang-ladang yang lainnya di Madinah. Kurma yang ditanam di ‘Aliyah juga mempunyai sistem pengaliran air yang baik.

Kurma ini juga merupakan satu-satunya kurma yang disebut dalam hadis Nabi SAW, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَة

Maksudnya: “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]