syarat-syarat penerimaan tawaran umrah

by Maghfirah Travel & Tours

syarat-syarat penerimaan tawaran umrah

  1. Pelanggan perlu menghubungi Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh  yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.

  2. Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.

  3. Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit seperti berikut:

    • RM1,000 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.

  4. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian / cek / draf bank di atas nama Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd  melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 5628 3462 9175 dan CIMB BANK: 8601 8868 30. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.

  5. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.

  6. Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.

  7. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Kedua-dua aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.

  8. Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelanggan akan dikenakan caj pindaan RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yang terlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.

  9. Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagi apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak Imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.

  10. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.

  11. Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti / perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.

  12. Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan , kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.

  13. Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.

  14. Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahan dan jadual perjalanan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapati membahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia mengganggu keselesaan dan keseronokan pelanggan lain dalam kumpulan tersebut.

  15. Pihak pengurusan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat  yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

  16. Terma dan syarat pilihan tambahan adalah sama seperti di dalam booklet pakej Maghfirah.

  17. Bagi pelanggan yang mengambil pilihan tambahan, perlu membuat bayaran penuh nilai tersebut ketika berdaftar.

deposit

  1. Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM1000 seorang termasuk kos visa. Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat Maghfirah Travel & Tours sama ada secara tunai, cek, draf bank, kad debit dan kredit, atau pindahan wang terus ke akaun Maybank Islamic syarikat iaitu 562834629175 atau akaun CIMB Bank syarikat iaitu 8601886830.
  2. Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.

Insurans

  1. Pelanggan yang berdaftarakan dicarum insurans yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon visa umrah/visa pelancong. Sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut.
  2. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi.
  3. Kos hospital dan kuarantin yang melebihi perlindungan ini perlu ditanggung oleh pelanggan. Kos satu ujian RT-PCR Covid-19 bernilai lebih kurang SR200 tidak termasuk dalam perlindungan ini.
  4. Plan Insuran Tambahan Khairat Kematian (Takaful Ikhlas) bagi setiap pakej.
  5. Plan Insuran Tambahan Al-Khairi Care bagi Pakej Selesa Khas Safwah sahaja.

pakej termasuk

  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
  2. Permohonan Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
    • Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara –
    • Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon sendiri, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
    • Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari).
    • Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
    • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
    • Visa ini hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule flight) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter flight) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
    • Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.

Permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):

    • Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atas faktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd.
    • Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
    • Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkan oleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
    • Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry).
    • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
    • Pihak Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan
    • oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
  1. Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
  2. Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).
  3. Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
  4. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi).

pakej tidak termasuk

  1. Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihi perlindungan insurans.

  2. Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidak dinyatakan di dalam pakej.

  3. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan caj lebihan timbangan bagasi.

  4. Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

  5. Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.

  6. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.

Menarik diri / pembatalan

Pembatalan Oleh Pelanggan

  1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
  2. Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
  3. Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
  4. Pembatalan dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dari harga pakej.
  5. Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dari harga pakej.
  6. Pembatalan dalam tempoh 8 – 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dari harga pakej.
  7. Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 100% dari harga pakej.
  8. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd.

Pembatalan Disebabkan Faktor Luar Kawalan Syarikat

  1. Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
  2. Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
  3. Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
    • Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
    • Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
    • Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
  4. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd.

Pembatalan Oleh Syarikat

  1. Sekiranya keadaan memerlukan Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrah disebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
  2. Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM150 seorang.
  3. Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM225 seorang.
  4. Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.

terma syarat

  1. Sekiranya ketetapan tarikh musim biasa jatuh pada musim puncak, cuti sekolah atau
  2. Ramadan, maka ia dikira harga musim tersebut.
  3. Harga pakej tidak akan berubah sekiranya pelanggan memenuhi segala kriteria dalam pakej yang telah ditawarkan.
  4. Pakej termasuk hari penerbangan pergi dan pulang serta hari ketibaan.
  5. Pakej Safwah, Menara Jam, Menara Jam Lite, Swissotel, Ajyad dan Selesa Ekonomi adalah 12 hari 10 malam (5 malam di Mekah dan 5 malam di Madinah).
  6.  Pakej Ziarah Turki adalah 13 hari 12 malam (5 malam di Mekah, 4 malam di Madinah dan 3 malam di Istanbul).
  7. Satu kumpulan hanya terdiri daripada 30-40 pelanggan dan seorang
  8. Pembimbing Umrah dari awal perjalanan, ketika ibadah umrah dan sehingga pulang ke Malaysia.
  9. Harga pakej ini adalah untuk pelanggan berumur atas 12 tahun sahaja.
  10. Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah (pada hari penerbagan pulang) memilih pakej berkatil dengan diskaun  RM250 seorang daripada harga pakej.
  11. Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah (pada hari penerbangan pulang) memilih pakej tanpa katil dengan harga RM 6,000 untuk setiap pakej.
  12. Bayi di bawah umur 2 tahun (pada hari penerbangan pulang) pula ditetapkan harga  RM2,000/pax bagi kesemua musim.
  13. Penerbangan yang digunakan bagi pakej ini adalah Malaysia Airlines (MH) @ Saudi Airlines (SV) kelas ekonomi atau penerbangan terus lain yang setaraf. Pelanggan yang mengambil penerbangan dari KLIA Penerbangan terus ke Madinah adalah lebih mahal sedikit berbanding terus ke Jeddah.
  14. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 tahun keatas sahaja.
  15. Telah lengkap dos vaksin COVID-19 (Pfizer, AstraZeneca, Moderna atau Johnson & Johnson). Sekiranya anda menerima vaksin selain yang ditetapkan oleh kerajaan Arab  Saudi, anda wajib mendapatkan vaksin penggalak.
  16. Harga dan pakej yang ditawarkan adalah anggaran dan tertakluk kepada perubahan semasa
  17. Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya ada penarikan diri.
  18. Sebarang perubahan airlines tertakluk kepada terma & syarat
  19. Segala perubahan harga tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi