Bantu Orang Sampai ke Tanah Suci, Rezeki & Pahala Mengiringi Setiap Langkah Anda
Sertai Ejen Umrah Maghfirah — Jana Pendapatan, Raih Umrah Percuma & Jadi Asbab Kebaikan Berterusan.
Alhamdulillah, lebih daripada 250 ejen telah bersama dengan Maghfirah Travel & Tours dan sebahagian besar daripada mereka telah mencapai kejayaan luar biasa!
Mereka bukan sahaja berjaya membuat jualan, malah memperoleh pendapatan sampingan — membuktikan bahawa peluang ini bukan sekadar jemputan, tetapi satu realiti yang boleh dicapai !
Siapakah Kami?
Kenali Maghfirah Travel & Tours
Kami bukan sekadar syarikat pelancongan. Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan yang berdedikasi untuk membantu umat Islam menunaikan ibadah umrah dengan penuh kasih sayang, bimbingan dan ilmu yang selaras dengan tuntutan syarak.

Sejak ditubuhkan pada 2012, kami telah:
- Beroperasi lebih daripada 12 tahun
- Membimbing lebih 21,000 jemaah umrah ke Tanah Suci
- Mendapat pengiktirafan daripada MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia)
- Menjadi ahli aktif dalam MATTA, PAPUH, dan BUMITRA
- Diiktiraf sebagai syarikat yang memiliki lesen penuh IATA
- Muncul dalam pelbagai siaran media termasuk IKIM.fm sebagai syarikat yang aktif berdakwah melalui pelancongan Islam
Kami percaya, menjadi ejen umrah bukan sekadar menjual pakej, tapi membuka jalan pahala kepada orang lain dan juga kepada diri kita.
✨ Adakah Anda Ada Potensi Jadi Ejen Umrah?
Ramai orang tak sedar yang mereka sebenarnya layak dan sangat sesuai untuk jadi ejen umrah.
Jika anda sedang membaca ini, besar kemungkinan anda adalah orang yang kami cari.
Lihat senarai di bawah — berapa banyak sebab di bawah yang ada pada diri anda?
✅ 5 Sebab Kenapa Anda Sesuai Jadi Ejen Umrah
Rindu Pada Mekah & Madinah
Anda sering terbayang-bayang tentang Tanah Suci dan impian untuk ke sana. Menjadi ejen umrah adalah cara untuk anda mendekatkan diri dengan impian itu, sambil membantu orang lain merasai pengalaman yang sama.
Ingin Membantu Orang Tersayang Tunaikan Umrah
Anda teringin untuk melihat keluarga atau sahabat tersayang menunaikan umrah, tetapi tak tahu bagaimana untuk membantu mereka. Sebagai ejen, anda bukan saja dapat membantu mereka merancang perjalanan ibadah, malah membawa mereka bersama-sama menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Peluang Umrah Percuma
Siapa tak mahu peluang untuk menunaikan umrah secara percuma? Sebagai ejen, apabila anda berjaya membantu lebih ramai jemaah, anda berpeluang untuk mendapat ganjaran umrah percuma. Impian anda untuk ke Mekah dan Madinah semakin dekat!
Tambah Pendapatan Sampingan Dengan Cara Mudah
Anda mahu tambahkan pendapatan sampingan tanpa ganggu komitmen harian anda? Jadi ejen umrah membolehkan anda mula dengan modal yang rendah, tanpa risiko besar, dan sesuai dilakukan secara fleksibel — sesuaikan dengan masa dan kemampuan anda.
Berbuat Kebaikan Sambil Menjana Rezeki
Anda sentiasa mencari cara untuk melakukan kebaikan dan mendapatkan ganjaran pahala. Dengan menjadi ejen umrah, anda membantu orang menunaikan ibadah yang amat dihargai di sisi Allah, sambil menambah pendapatan untuk diri sendiri.
👣 Apa Yang Ejen Umrah Perlu Buat ?
Ramai ingat susah nak jadi ejen. Tapi hakikatnya, kerja ejen ini sangat mudah dan sesuai untuk semua golongan – guru, ustazah, suri rumah, penjawat awam, pelajar universiti malah pesara pun ramai yang join!
Tugas utama anda adalah:

Kongsikan Info
Guna poster, video dan bahan pemasaran yang HQ sediakan. Share di WhatsApp Story, group keluarga, Facebook, IG atau TikTok. Senang je!

Bercakap Dengan Prospek
Bila ada orang tanya, anda bantu jawab soalan mereka. Kalau tak tahu, tanya team HQ — kita bantu anda.

Daftarkan Jemaah
Bila prospek dah bersedia, anda bantu mereka daftar. Proses daftar pun senang — isi borang online sahaja.
Setiap satu jemaah yang daftar melalui anda, anda dapat komisen.
Semakin ramai daftar, semakin banyak pendapatan anda. Malah, setiap bulan anda boleh capai target tertentu untuk dapat bonus khas atau umrah percuma!
🎁 Apa Yang Anda Akan Terima Bila Jadi Ejen Kami?
- Komisen Menarik – mula dari RM100 hingga ke ribuan ringgit sebulan, bergantung pada usaha anda
- Latihan & Bimbingan PERCUMA – kami sediakan sesi coaching secara online, video tutorial, bahan pemasaran dan sokongan berterusan
- Sistem Pendaftaran Mudah – guna borang digital, tidak perlu sistem kompleks
- Komuniti Ejen Aktif & Positif – anda akan masuk dalam komuniti ejen yang saling memberi semangat dan bantu-membantu
- Berpeluang Tunaikan Umrah Percuma – capai sasaran jualan, dan anda akan diberi hadiah umrah percuma oleh HQ
- Sijil, Modul & Pengiktirafan – sebagai ejen sah di bawah syarikat berdaftar dan dikenali ramai
Siapa Yang Kami Cari?
- Anda yang berminat menjana pendapatan sampingan
- Anda yang mahu jadi sebahagian daripada usaha dakwah melalui pelancongan Islam
- Anda yang ingin mulakan langkah baru dalam hidup
- Anda yang bersedia dibimbing dan diajar dari asas
Tak perlu pengalaman. Tak perlu kedai. Tak perlu simpan stok.
Hanya perlu niat untuk bantu orang lain tunaikan impian ke Tanah Suci.
🌱 Ayuh Sertai Keluarga Ejen Maghfirah Hari Ini
Klik butang "DAFTAR SEKARANG" di bawah
Isi maklumat anda dalam borang pendaftaran
Kami akan hubungi anda untuk beri taklimat ringkas
Anda akan terus dimasukkan dalam komuniti ejen dan boleh mula jana pendapatan
Rezeki akan datang kepada orang yang berusaha.
Pahala akan berganda bila kita bantu orang lain ke rumah Allah.
💬 “Setiap orang yang dibantu menunaikan umrah, insyaAllah kita juga akan dapat pahala langkah-langkah mereka di Tanah Suci.”
🎯 Jangan tunggu lagi.
📲 Klik sini untuk mendaftar sekarang:
