Kami menawarkan pelbagai pakej umrah bagi tahun 2026 yang bersesuaian dengan keperluan anda. Antara keistimewaan pakej kami adalah pilihan hotel dengan jarak yang dekat dan harga yang berpatutan.
Kami menawarkan pelbagai pakej umrah ramadan bagi tahun 2026 yang bersesuaian dengan keperluan anda. Antara keistimewaan pakej kami adalah pilihan hotel dengan jarak yang dekat dan harga yang berpatutan.
Kami di Maghfirah Travel sentiasa bersedia untuk menyantuni anda.
Menunaikan umrah adalah impian setiap umat Islam. Untuk membantu anda merancang perjalanan ibadah ini pada tahun 2026, artikel ini akan memberi panduan tentang kos dan perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah adalah komponen utama kos umrah. Harga tiket mungkin meningkat pada tahun 2025 disebabkan permintaan tinggi dan kenaikan harga bahan api. Buat tempahan awal untuk secure harga sebelum kenaikan berlaku.
Hotel yang terletak dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi biasanya lebih mahal, tetapi memberikan kemudahan untuk anda beribadah. Umumnya hotel di Madinah lebih mahal tapi dengan jarak yang dekat sangat membantu lebih-lebih lagi anda bercadang untuk membawa ibu bapa atau anak kecil.
Kerajaan Arab Saudi mengenakan caj visa umrah dan mungkin ada cukai tambahan. Pastikan anda mendapat maklumat terkini tentang kos ini daripada pihak agensi.
Kos pengangkutan antara lapangan terbang, hotel, dan tempat ziarah juga perlu diambil kira. Biasanya kos ini sudah termasuk dalam pakej umrah. Kalau pergi DIY kemungkinan besar anda perlu bernegosiasi dengan driver teksi dengan lebih keras.
Tukaran mata wang Ringgit Malaysia ke Riyal Saudi boleh mempengaruhi kos keseluruhan perjalanan anda. Sentiasa periksa kadar terkini. Kami cadangkan untuk anda tukar siap-siap di Malaysia, elakkan untuk tukar duit di lapangan terbang.
Ekonomi: RM8,000 – RM10,000
Standard: RM11,000 – RM13,000
Premium: RM14,000 ke atas
Menunaikan umrah adalah satu pengalaman yang penuh keberkatan. Dengan perancangan yang teliti dan pemilihan pakej yang sesuai, anda sekeluarga boleh melaksanakan ibadah ini dengan tenang dan selesa. Semoga Maghfirah Travel dapat membantu anda membuat persediaan yang terbaik untuk umrah 2026. Selamat merancang dan semoga ibadah anda diterima Allah SWT.