Pakej Umrah 2025
Musim 2025 (1446/1447H)
Pakej Umrah yang Kami Tawarkan
Kami menawarkan pelbagai pakej umrah bagi tahun 2025 yang bersesuaian dengan keperluan anda. Antara keistimewaan pakej kami adalah pilihan hotel dengan jarak yang dekat dan harga yang berpatutan.
Kos Umrah 2025: Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mendaftar?
Menunaikan umrah adalah impian setiap umat Islam. Untuk membantu anda merancang perjalanan ibadah ini pada tahun 2025, artikel ini akan memberi panduan tentang kos dan perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kos Pakej Umrah 2025
Harga Tiket Penerbangan
Tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah adalah komponen utama kos umrah. Harga tiket mungkin meningkat pada tahun 2025 disebabkan permintaan tinggi dan kenaikan harga bahan api. Buat tempahan awal untuk secure harga sebelum kenaikan berlaku.
Penginapan di Mekah dan Madinah
Hotel yang terletak dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi biasanya lebih mahal, tetapi memberikan kemudahan untuk anda beribadah. Umumnya hotel di Madinah lebih mahal tapi dengan jarak yang dekat sangat membantu lebih-lebih lagi anda bercadang untuk membawa ibu bapa atau anak kecil.
Cukai dan Visa
Kerajaan Arab Saudi mengenakan caj visa umrah dan mungkin ada cukai tambahan. Pastikan anda mendapat maklumat terkini tentang kos ini daripada pihak agensi.
Pengangkutan di Sana
Kos pengangkutan antara lapangan terbang, hotel, dan tempat ziarah juga perlu diambil kira. Biasanya kos ini sudah termasuk dalam pakej umrah. Kalau pergi DIY kemungkinan besar anda perlu bernegosiasi dengan driver teksi dengan lebih keras.
Kadar Tukaran Mata Wang
Tukaran mata wang Ringgit Malaysia ke Riyal Saudi boleh mempengaruhi kos keseluruhan perjalanan anda. Sentiasa periksa kadar terkini. Kami cadangkan untuk anda tukar siap-siap di Malaysia, elakkan untuk tukar duit di lapangan terbang.
Anggaran Kos Pakej Umrah 2025
Ekonomi: RM8,000 – RM10,000
Standard: RM11,000 – RM13,000
Premium: RM14,000 ke atas
Menunaikan umrah adalah satu pengalaman yang penuh keberkatan. Dengan perancangan yang teliti dan pemilihan pakej yang sesuai, anda sekeluarga boleh melaksanakan ibadah ini dengan tenang dan selesa. Semoga Maghfirah Travel dapat membantu anda membuat persediaan yang terbaik untuk umrah 2025. Selamat merancang dan semoga ibadah anda diterima Allah SWT.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut
Kami di Maghfirah Travel sentiasa bersedia untuk menyantuni anda.
