Terma & Syarat
Syarat-Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah
- Pelanggan perlu menghubungi Maghfirah Travel & Tours Sdn. Bhd. dan memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Pelanggan yang telah divaksin penuh dan melepasi tempoh inkubasi sahaja dibenarkan menyertai pakej umrah. Vaksin yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi adalah Pfizer-BioNTech, Oxford-AstraZeneca, Moderna dan Johnson & Johnson. Bagi vaksin Sinovac dan Sinopharm, perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari salah satu 4 vaksin yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk digunakan di Arab Saudi.
- Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad / Triple / Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tiada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,000 seorang. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai / perbankan atas talian / cek / draf bank di atas nama MAGHFIRAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD. melalui nombor akaun MAYBANK: 5628 3462 9175 / CIMB: 8601 8868 30. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
- Aturcara perjalanan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan Visa dari kerajaan Arab Saudi.
- Pihak pengurusan Maghfirah Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Permohonan Visa Pelancongan (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
- Dibenarkan untuk warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara yang telah divaksin penuh.
- Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon tanpa perlu kepada mahram, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
- Visa sah digunapakai selama 1 tahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenarkan tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
- Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti / perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Maghfirah terlebih dahulu.
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Visa hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
- Pelanggan yang memiliki Visa Pelancong sebelum ini yang telah dilanjutkan tempoh sahnya perlu mencarum insurans Covid-19 dengan membayar SR40 ketika tiba di lapangan terbang Arab Saudi.
- Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Permohonan Visa Umrah terhad kepada pelanggan yang memerlukan sahaja (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):
- Dibenarkan kepada pelanggan yang telah divaksin penuh.
- Hanya dibenarkan bagi pelanggan berumur 18 tahun ke atas.
- Semua salinan dokumen mahram perlu dilengkapkan dan disahkan oleh Jabatan Kerajaan yang berkenaan.
- Visa sah digunakanpakai selama 30 hari dari tarikh visa dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali sahaja (single entry).
- Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.
- Penginapan, makan dan minum serta kenderaan di Tanah Suci seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
- Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (kebenaran lawatan tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).
- Ujian RT-PCR Covid-19 di Arab Saudi (dalam masa 72 jam sebelum penerbangan).
- Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
- Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi).
Pakej Tidak Termasuk
- Kos ujian RT-PCR Covid-19 di Malaysia (dalam masa 72 jam sebelum penerbangan dan ketika kuarantin).
- Kos kuarantin yang melebihi perlindungan insurans Covid-19.
- Kos rawatan dan ubat-ubatan di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi oleh insurans.
- Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter).
- Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
- Program lawatan ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
- Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
Menarik Diri / Pembatalan
- Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
- Permohonan pembatalan / menarik diri hendaklah dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Maghfirah Travel & Tours Sdn. Bhd.
- Pembatalan pendaftaran akan dikenakan caj sebanyak RM1,000 seorang.
- Pembatalan yang melibatkan tiket penerbangan, Visa Pelancong / Visa Umrah, penginapan dan kenderaan yang telah ditempah, akan ditolak dari jumlah harga pakej yang telah dibayar.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Maghfirah Travel & Tours Sdn. Bhd.